Sedar tak sedar sudah bulan Julai, hingga tak sedar masa dan hari berlalu, sebanarnya penulis tak ada kesempatan masa untuk menceritakan peristiwa yang berlaku dari bulan April ke bulan Julai. Apa yang menarik penulis sudah menceburkan diri dalam satu aktiviti sukan berbasikal. Sukan berbasikal rupanyanya menjanjikan satu kepuasan dan menyeronokan. Jika kita lihat dari aspek kesihatan..ia memberi satu konsep kecergasan yang optimum, di mana daya tahan kadioveskular(jantung dan darah) amat positif sekali. KOMEN dari penulis, selepas melakuan aktiviti berbasikal, ia telah memberikan tahap kecergasan yang memberangsangkan. Hinggakan bangunpun pagi sangat cergas dan bertenaga. Berdasarkan faktor ini, maka dengan penuh kesyukurannya penulis telah selamat menubuhkan satu kelab berbasikal yang pertama dan berjayakan mengumpulkan ahli tetap seramai 7 orang. Antara aktiviti yang telah dan akan laksanakan/ceburi ialah kayuhan kesihan di Tanah Merah dan Kuala Krai. Manakala aktiviti rutin harian setiap jumaat dan lain bergantung kepada kesanggupan ahli. Untuk keterangan lanjut dan gambaran yang sebenar anda dapat kunjungi diblog http://kbpaspute.blogspot.com/
Nama kelab ialah Kb paspute(Kelab Berbasikal Pasir Puteh..dan ditubuhkan pada 28.5.2010 di Jeram Mengaji Bkt Abal. Apa yang menjadikan prinsip kelab adalah "Berbasikal Beramai".
Nama kelab ialah Kb paspute(Kelab Berbasikal Pasir Puteh..dan ditubuhkan pada 28.5.2010 di Jeram Mengaji Bkt Abal. Apa yang menjadikan prinsip kelab adalah "Berbasikal Beramai".
No comments:
Post a Comment