Aktiviti kecemerlangan matematik diteruskan dengan mengadakan satu ceramah Teknik Menjawab Soalan(Kertas2) diadakan pada 19 Julai 2010. Aktiviti ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi 1 dihadiri oleh kumpulan lemah/sederhana manakala sesi 2 bagi kumpulan yang baik. Waktu sesi 1 dan 2 bermula jam 11.00am - 1.00m dan sesi 2 jam 2.00 - 4.00pm. Penceramah yang diundang adalah En Amran Ibrahim (PKHem) SMK Nur Zahirah, Besut. Ia merupakan ketua pemeriksa bagi kawasan tersebut. Antara tujuan utama di adakan adalah:
i. memberi pendedahan kepada skim
ii. memberi teknik dan kaedah jawapan yang dikehendaki dan mematuhi skima.
iii. supaya pelajar sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan percubaan nanti.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Matematik SMKCR dan dikendalikan oleh penulis serta ketua panitia. Alhamdulillah semuanya mendapat manufaat.
Antara ragam pelajar semasa sesi berlangsung:
Antara yang khusuk sampai tertidur........???????
Lampiran bahan rujukan:
1. Keynote & checklist Math SPM
No comments:
Post a Comment