Halaman

Thursday, April 1, 2010

Liga Hoki Remaja 2010







Pasukan Kelantan(PHK/MSS Kelantan) akan menyertai dalam kejohanan Liga Hoki Remaja pada tahun ini dan disenaraikan dalam Division 1, yang mana terdiri daripada pasukan SSPB, SSBJ, SMK Anderson, UniKL, MBPJ dan MWHA. Perlawanan pertama pasukan kelantan pada 11/4/2011 di Std. Hoki Terengganu. Ulasan keputusan dan perjalanan perlawanan akan disambung dari masa kesemasa.

Jadual Perlawanan:

Tarikh Lawan Tempat Keputusan

11/4 Kel vs UNIKL Stu.Trg.

Ulasan perlawanan pertama, kelantan kecundang pada perlawanan pertama dengan kekalahan 1 -7 kepada uniKL. Analisa yang dapat dibuat pasukan kelantan belum bersedia sepenuhnya, jika dilihat dari segi kecergasaan dan analisa perlawanan pasukan kelantan jauh ketinggalan berbandingan pasukan lawan. Ditambah lagi rata-rata pasukan lawan diwakili oleh pemain-pemain yang terpilih dari seluruh negeri dan tahap kemahiran berada pada high lavel.. tapi pada perlawanan kedua nanti pasukan mesti lebih bersedia dan berazam mengubah kedudukan atau sekurang-kurangnya dapat mengimbangi pasukan lain dalam divisen 1.

16/4 BJSS Jr vs Kel STR
Keputusan 1 -1 . Permulaan yang semangkin meningkat...pasukan kelantan dapat bermain dengan strategi yang baik dan mutu permainan yang boleh membanggakan. Peningkatan pasukan setelah selesai perlawanan kedua mengcapai 55-70% keserangsian. Harapan pada perlawanan ketiga akan bertambah baik lagi....Jumpa di Bandar Penawar Johor.







18/4 SSBP vs Kel SSPB

Perlawanan berkesudahan kelantan ketinggalan dengan jaringan 1 - 8. Pasukan Kelantan boleh dirumuskan bermain dengan konsisten pada separuh masa pertama sahaja(1-10mim), dan selepas itu corak permainan bertambah tidak konsisten lagi malah banyak gol-gol yang dijaringkan hasil dari pukulan sudut penalti(5 gol)manakala selebihnya gol padang...kesimpulan pasukan bermain dengan 60% tahap prestasi jika berbanding dengan perlawanan sebelumnya
23/4 Kel vs BJSS Trg
Pasukan Kelantan dibelasah lagi dengan jaringan 0 -8 di tangan BJSS. Keseluruhan permain tidak menunjukan mutu permainan yang diharapkan. Tambahan pula keseluruhan prestasi dan stamina amat mendukacitakan jika berbanding dengan pihak lawan.
25/4 Kel vs SMK Adson Trg

Kekalahan pada 2 permainan sebelumnya dapat diperbaiki dengan pasukan Kelantan hanya seri 3 - 3 dengan SMK Andeson, Perak. Jika dilihat dari perlawanan, pasukan kelantan mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi dipersiakan oleh jentera penyerang...tambahan pula, kelantan memperolehi 7 -8 pulan sudut penalti yang mana jaringan sepatutnya diperolehi. Apa pun...rezeki tidak datang lagi, cuma perlawanan seterusnya kelantan mesti menang bagi menjamin ke peringkat suku akhir.
2 /5 Kel vs MBPJ TRg

Malangnya kalah lagi.dengan jaringan ( 1 - 4)....apa nak jadi????. Kesimpulan permainan amat mendukacita malah permainan pasukan kelantan boleh dikatakan dalam "emosional game". Ketua pasukan dikenakan kad kuning...tapai pasukan kelantan kelantan dapat mengawal hanya dalam separuh mas kedua..tetapi kealpaan permain, menyebabkan pasukan lawan mengambil peluang menambah bilangan gol. Apapun ada lagi 2 baki perlawanan sahaja lagi.

14/5 MWHA vs Kel NHS
Perlawanan dengan kesudahan kelantan menundukkan Wanita Malaysia dengan jaringan 3 berbalas 2. Situasi perlawanan saling serang menyerang...tapi pasukan muda kelantan dapat mencuri peluang dengan 3 jaringan gol padang, manakala wanita malaysia hasil dari penalti coner. Semua pemain kelantan bermain dengan penuh semangat, dan hanya banyak bergantung kepada pemain simpanan sahaja.










16/5 SSBP Jr vs Kel SSBP




Keputusan perlawanan, Kelantan 1 SSBP 1. Perlawanan tidak dapat dihabiskan sepenuhnya.. hanya 10 minit separuh masa kedua sahaja berlansung. Pergadil perlawanan memberhentikan perlawanan dengan alasan cuaca yang tidak mengizinkan. Apapun pemain muda kelantan tetap bersyukur dengan keputusan tersebut. Secara keseluruhan perlawanan Kelantan dapat menimbangi situasi perlawanan...jika diteruskan kemungkinan besar Kelantan dapat menewaskan pasukan SSBP Junior tapi apapun OKlah..
kESELURUAN LIGA HOKI INI KELANTAN BERADA DITANGGA KE 7 DARI SEMBILAN PASUKAN YANG BERTANDING. APAPUN JUMPA LAGI PADA LIGA 2011 NANTI.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TIM.PENGARAH PELAJARAN KELANTAN DAN SEMUA JURULATIH KERANA PENAMPILAN SATU PASUKAN YANG BERMUTU DAN DISEGANI YANG MANA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WAKIL PANTAI TIMUR YANG GAGAL PERKASA.....JUMPA LAGI TQ.

Blogger......by






No comments:

Post a Comment

Smart bengkelSPMmaths

slidespm2011

Slide prointen mathsn

Towards Excellent Maths SPM 2010