Tuesday, February 16, 2010

Persiapan Kendiri

1Kecemerlangan


PERSIAPAN KENDIRI PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM 2010

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Matematik 2010

Abd. Laziz bin Ghani (Bac. For. Sc./PJPK)

Guru Matematik SMK Cherang Ruku

Kertas kerja ini disampaikan khas kepada calon-calon yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2010 ini, dan diharapkan semua calon bersedia dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk persiapan peperiksaan SPM nanti. Sepertimana diketahui, bahawa peperiksaan akan bermula pada 20 hb Nov hingga 2hb. DIS 2010 ini, maka diharapkan calon-calon bersedia dari awal sehingga tamat peperikasaan nanti. Pelajar perlu ingat bahawa SPM 2010 merupakan soalan dalam DWIBAHASA telah dilaksanaan.Sepertimana dimaklumkan bahawa terget percapaian kelulusan bagi pihak sekolah pada tahun ini ialah 95.0% , iaitu berbanding 86.0 % pencapaian sebenar pada tahun 2009. Adalah tidak mustahir percapian ini tidak akan dicapai,sekiranya sokongan dan galakan dari guru-guru malah PIBG bersertakan kesungguhan pelajar-pelajar SMK Cherang Ruku dari peringkat awal lagi tidak mungkin percapaian terget tidak membawa hasil. Kejayaan pelajar merupakan hadiah yang tidak bernilai kepada guru-guru dan sekolah sini.

Sukacitanya di sini membahagikan perkara yang aka dibincangkan dalam kertas kerja ini dan mengandungi tiga topik utama sepertimana berikut:

1. Prinsip belajar matematik

2. Persiapan kendiri pelajar

i. Sebelum peperiksaan

ii. Semasa peperiksaan

iii. Selepas peperiksaan

3. Pandangan dan syor-syor lain


PRINSIP BELAJAR MATEMATIK

Matematik adalah kompleks tetapi menarik, yang mana pengetahuan berbentuk heirarki atau tatatingkap, cara mempelajari matematik adalah berbeza dengan perkara yang lain.

Di sini beberapa prinsip mempelajari matematik secara sistematik dan prinsip ini mesti ada pada setiap pelajar untuk persiapan kendirinya sebelum menghadapi peperiksaan nanti.


Prinsip Pertama: DISIPLIN DIRI

Aspek penting dalam pembelajaran antaranya adalah

- disiplin diri membabitkan aktiviti seperti memulakan tugas belajar matematik

secepat mungkin apabila sampai masa untuk belajar pelajar tersebut.

- menentukan konsep atau tajuk khusus yang hendak dipelajari pada suatu masa

- menyediakan satu tempoh masa yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu

tugas matematik,

- menggunakan masa yang dirancangankan untuk belajar matematik semata-

mata untuk mempelajari masa pelajaran tersebut,

- membahagi-bahagikan masa belajar dengan baik.

- menyediakan jadual belajar secra menyeluruh.


Prinsip Kedua : KEADAAN BAHAN YANG DIPELAJARI

Matematik adalah satu jenis pengetahuan yang bersifat padat, saling berkaitan, berhierarkki dan abstrak maka keadaan pengetahuan sperti arimatik, algebra, kebarangkalian, geomerti dan sebagainya . Ini semua memelukan kepada kemahiran, konsep dan penyelesaian masalah. Dengan memahami jenis bahan perkaitan, maka matematik yang hendak dipelajari kita kan dapat membuat persedian fikiran, perasaan dan perilaku yang sewajarnya.


Prinsip Ketiga : PERSEDIAAN DIRI

Persediaan diri sangat penting dalam mempelajari matematik antaranya :

- memehami tujuan untuk belajar matematik

- memahami keadaan pemikiran semasa mempelajari matematik

- memahami jiwa

- memahami halangan dan dorongan


Prinsip Keempat : PENGLIBATAN AKTIF

Penglibatan aktif mestilah perubahan corak pemikiran, perkembangan corak hidup dan pembangunan jiiwa. Setiap pelajar perlu melibatan secara aktif dalam usaha menguasi kemahiran matematik, memahami konsep matematk dan kebolehan menyelesaikan masalah. Untuk belajar dengan lebih berkesan perlu melakukan trasfomasi daripada " tabiat meniru" kepada "tabiat membina" .


Prinsip Kelima : KEKUATAN BERMUAFAKAT

Pengaulan sosial dengan rakan sebaya atau sekelas sangat penting dalam pembelajari matematik kerana pengaulan ini akan menimbul semangat motivasi yang tinggi. Oleh semangat bermaufakat diantara yang pintar dengan yang kurang akan mengatasi masalah matematik.


Prinsip Keenam : TAJAM MATA GERGAJI

Pembelajaran matematik memerlukan tenaga pemikiran, perasaan dan jasmani. Sekiranya tidak berusaha mengembangkan tenaga tersebut kemungkinan kita akan mengelami fenomena kekurangan tenaga. Oleh itu kita perlu berusaha membina akidah, kekuatan pemikiran, kekuatan emosi, kekuatan sosial dan fizikal secara berterusan.


Prinsip Ketujuh: KESEIMBANGAN ANTARA KEMAHIRAN DAN KEFAHAMAN

Dua isi kandungan dalam matematik ialah kemahiran dan konsep. Kemahiran dapat dicapai melalui aktiviti latihan dan latih tubi secara berterusan makala konsep kaitan berbagai unsur matematik. Apabila pelajar faham iaitu melalui latihan, konsep kefahaman akan timbul secara automatik serta ingatan akan wujud sampai bila-bila. Ringkasnya kefahaman akan membantu pelajar menguasi kemahiran matematik dengan lebih cepat.


Prinsip Kelapan : FOEMULA UNTUK BERJAYA

Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam matematik, maka prinsip untuk berjaya adalah :

1. membaca dengan meluas

2. memilih kawan yang produktif

3. menentukan matlamat yang khusus

4. insan yang beraklak yang mulia

5. bermotivasi tinggi

6. mempunyai kekauatan menyelesaian masalah metematik

7. Latihan berterusan

8. Berpegang kepada ajaran agama.

Ingat kejayaan mempelajari matematik banyak bergantung kepada usaha realistik yang kita lakukan untuk memehami dan menghayati matapelajaran tersebut.

PEMBELAJARAN EFEKTIF

PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA EFEKTIF


MENTAFSIR DATA DAN MENGENAL MAKLUMAT PENTING


MELAKSANA PROSES

DAN

PENYELESAIAN


BERSEDIA

MENDENGAR DAN

MEMAHAMI

MENGHAYATI DAN MENAAKUL




Saya dengar

Saya lupa


Saya lihat

Saya ingat




MENGENALI DIRI PELAJAR

Menurut Pro. Amir Awang (1984): Semua pelajar dilahirkan dengan potensi kearah perkembangan positif dan

negetif

Secara sebenar, semua manusia berarahkan realisasi potensi positif tetapi darjah

percapaiannya berbeza.

Pada amnya pelajar Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku yang akan menduduki SPM adalah:

Umur : 17 /18 tahun

Kelulusan : PMR

Kedudukan: Bergantung kepada pemikiran otak

1. semulajadi

2. faktor luar

Target Matematik SPM: Kepujian/Lulus ?

Cita-cita : Berguna pada agama dan negara ?

Persiapan Untuk menghadapi SPM sudah/belum?


PERSIAPAN KENDIRI

Merujuk jadual waktu 2010 SPM Novermber/Disember

Kod 1449/1/2

Tarikh/

Masa

Kertas 1 dan 2

Masa

Nov/2010

pagi/petang

Metematik 1

1 1/4 jam

Nov/2010

pagi/petang

Matematik 2

2 1/2 jam

Oleh itu, saya memikirkan betapa perlunya pelajar memberi tumpuan persedian kendiri mengikut tarikh dan masa keramat (tarikh Nov/Dis) 2010.

1. Sebelum peperiksaan

2. Semasa peperiksaan

3. Selepas peperiksaan

Sebelum Peperiksaan(tarikh Nov 2010)

Sebelum tarikh peperiksan bermula, anda adalah harapan ibu bapa, guru dan negara haruslah bersiap sedia dari awal untuk merancang dan mengatur beberapa strategi terbaik agar perjuangan dari mula mencapai cita-cita dan matlamat. Kecundang bererti tamat perjuangan anda dalam akademik dan kecewalah harapan ibu bapa anda.

Oleh itu sebelum kecundang, bangkit dan insaflah bahawa perjuangan bermula dari peringkat awal iatu buat persiapan dari sekarang. Persiapan inilah perlu diketahui dalam menghadapi peperiksan matematik 2010.

Mengikut format terbaru 2010 tajuk boleh rujuk dan penguasaan pada lampiran:

Format Kertas

Format Kertas Matematik SPM (DWIBAHASA)

Kertas

Masa

Bentuk soalan

Jum. Soalan

Jum. soalan Perlu dijawab

Catatan

1

1 ¼ jam

Objektif

Anika Pilihan

40

Jawab Semua

Jawab di atas kertas Ojbektif OMR

2

2 ½ jam

Ujian Sujektif

Bahagian A

Bahagian B

11

5

11

4

Jawab di dalam kertas jawapan yang disediakan. Semua jalan pengiraan mesti ditunjukkan.

Bahasa : BM / BI

Setelah mengetahui format dan ciri kandungan matematik SPM pelajar perlu menguasai

1. Pengetahuan (melalui p dan p dalam bilik darjah)

2. Kemahiran belajar dan berfikir

- braintorming

- pemetaan minda

- membuat perbandingan

- analisis ingatan dan interperitasi

- deduksi (mencari makna data yang diberi)

- bertanya soalan

3. Berdampingan dengan guru

4. Tumpuan penuh semasa guru mengajar

5. Luahkan soalan bila tidak faham

6. Perbanyakan latihan/latih tubi

7. Pembetulan pada jawapan yang salah


Langkah-Langkah Efektif Mengulangkaji

Berikut adalah lengkah-langkah yang perlu diikuti semasa membuat ulangkaji mata pelajaran matematik:

  1. Baca soalan beberapa kali dan cuba mengenalpasti definisi, istilah dan symbol-simbol yang diberikan. Jika tidak faham, sila rujuk buku rujukan.

  1. Di dalam kebanyakan soalan matematik terdapat kata kunci atau maklumat penting dalam menyelesaikan soalan matematik. Kenal pasti kata kunci atau maklumat penting.

  1. Jika mendapati soalan yang ingin dijawab adalah setara dengan nota yang telah diberikan. Nota ini hendaklah diguna pakai apabila masalah yang diselesaikan tidak kesampaian.

  1. Tidak ada jalan pintas dalam penyelesaikan masalah Matematik. Oleh itu, semua langkah penting perlu diberi perhatian.

  1. Selain memahami langkah penyelesaian yangdibuat, pelajar jug harus mengetahui kenapa langkah berkenaan digunakan. Pelajar juga perlu berfikirlangkah penyelesaian yang berbeza unuk menyelesaikn masalah yng diberi untuk mencambah daya pemikiran.

  1. Jika masalah yang dikemukan itu dapat diselesaikan dan telah difahami, pelajar tidak perlu lagi meujk nota dan cuba untuk menyeleaikan soalan lain yang berkaitan. Semak semua langkah penyeleaian dan jawapan yang diberika.

  1. Guna buku latihan matematik yang menyediakan kaedah penyelesaian dan jaapan.

Kepentingan ulangkaji

Mudah Menghubungkait isi/tajukCatatan


Mudah buat Catatan


Kepentingan Ulangkaji


Melengkapkan fakta melalui rujukan


Menambah Kefahaman



Pada Hari Peperiksaan


1. Bersedia untuk peperiksaan

2. Persedian fizikal dan mental

-Tidur awal

- Semakan sepintas lalu semua konsep, rumus dan sebagainya

- Alat tulis, geometri mestilah lengkap

- Bawa kad pengenalan

3 .Markah hak anda jika anda layak !

4. Masa itu emas

Kadar menjawab soalan secara umum adalah seperti di bawah:


Anggaran Masa Menjawab

Kertas

Bahagian

Peruntukan masa untuk setiap

Bahagian Soalan

1

OBJEKTIF

1 ¼ JAM 1 min 52 saat

2

A

B

1 ½ JAM 8 min 10s (gunakan 1 jam 30 min)

1 JAM 15 min (Gunakan 1 jam)

*Bagi isi dan kandungan setiap ujian boleh rujuk pada TAJUK DAN PENGUASAAN

KUASA TEKNIK MENJAWAB

Bagi Kertas 1:

1. Agihan Masa

a) 3 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan

b) 40 soalan : 1 soalan = 1 minit 52 saat

c) 4 minit terakhir semak semua soalan

2. Petua Am:

a) Baca dan faham solan dengan teliti

b) Garis ayat penting, bina gambar rajah jika perlu untuk memudahkan pemahaman

c) Kira langkah demi langkah dengan cermat

d) Tinggalkan dahulu soalan yang sukar, tanda dan teruskan soalan yang lain

e) Setelah selesai semua sekali, kembali ke soalan yang sukar tadi

f) Semak, jika soalan tertinggal

g) Semak secara keseluruhan , masa 4 minit semakan


Bagi Kertas 2

1. Agihan masa:

a). 1 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan

b) Bahagian A - Jawab 11 soalan , setiap satu soalan masa 7 minit

c) Bahagian B - Jawab 4 soalan , setiap satu soalan masa 18 minit

2. Petua Am:

a) Seperti mana panduan kertas 1

b) Langkah pengiraan ditunjukan dengan jelas

c) Guna ruang yang disediakan

d) Permudahkan jawapan

e) Faham istilah/kata jkerja (Rujuk kepada kata kerja)

f) Serah kertas soalan diakhir peperiksaan(pastikan No. Kp dan No. Soalan dan Angka

Giliran ditulis pada tiap-tiap halaman kertas jawapan.)

Ingatan


Bagi Kertas 2:

Guna simbol matematik sebaik mungkin. ayat yang panjang hanya mengelirukan pemeriksa. Markah mungkin hilang. Ingat pemeriksa TIDAK sekali-kali boleh membaca untuk pelajar.

Di awal kemasukan ke dalam dewan,catitkan semua rumus/perkaitan/ rajah-rajah penting supaya tidak terlupa. Duduk dan hadapilah kertas peperiksaan Matematik SPM dengan keadaan penuh keselesaan zahir dan batin.


Selepas Peperiksaan

Tugas pelajar belum berakhir sehingga keputusan peperiksan diumumkan (akhir Feb atau Mac 2006). Lakukan sebagaimana amalan biasa , manusia mampu berusaha Allah sahaja menentukan. Bertawakallah. TIADA HASIL MELAINKAN KECEMERLANGAN.

MATEMATIK ITU SERONOK

MATEMATIK ITU INDAH

MATEMATIK ITU MUDAH

APA YANG PENTING MATEMATIK ADALAH RAJA SEGALA BIDANG/CABANG SAINS



Program/Aktiviti Matematik SPM SMKCR 2010

Sekolah SMK Cherang Ruku merupakan sekolah Cemerlang bermula 2010 dan menjadi tanggungjawab merearisasikan Kecemerlangan dan kegemilangan ini.


Cadangan Program/Aktiviti Matematik 2010


TAJUK : SEMINAR MATEMATIK SPM

Objektif:

a) Persediaan awal menghadapi peperiksaan SPM.

b) Mencapai Skor 1A dalam matematik.

c) Teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

d) Meningkatkan kuantiti/bilangan lulus 90%.

e) Memotivasikan pelajar sepanjang masa.

f) Memberikan keseronokan dalam pembelajaran matematik sepanjang masa.


Pelaksanaan:

a) kumpulan sasaran pelajar SPM

b) Dalam bulan Mac



TAJUK : BENGKEL RJ TARGET A1/2 MATEMATIK SPM

Objektif:

a)Memberi pendedahan awal cara pembinaan soalan kertas1/2

b) Meningkatan A1/A2 dalam matematik

c) Membina soalan jangkaan(target)

Pelaksanaan:

a) kumpulan sasaran pelajar PMR/SPM dan pelajar tingkatan 5 sains

b) Dalam bulan Julai


TAJUK: Mingggu bersama pelanggang


Objektif:

a) Menyelesaikan masalah pelajar selepas/antara waktu pembelajaran

b) Memberi ruang kepada pelajar berdampingan dengan guru

c) Menyelesaikan masalah matematik secpat mungkin

Pelaksanaan:

a) kumpulan sasaran pelajar PMR/SPM dan pelajar tingkatan 1,2 4

b) dalam bulan Ogos hingga Oktober


Tajuk: Kursus Dalaman Guru Matematik


Kursus Pembinaan Software

Kursus Pembikinan soalan menggunakan MWord

Penyelenggaraan Notebook/PC

Objektif:

Memperlengkapkan tahap profesional khususnya pengajaran dan pembelajaran.

Memberi pendedahan dalam P&P dalam bahasa Inggeris

Mendedakan maklumat teknologi komputer dalam penyediaan bahan P&P.

Pelaksanaan:

Diadakan bulan Mac/April (sabtu)

Penggunaan Laptop/Notebook

LCD dan troli


Tajuk: Kem Bistari Matematik

Objekti

a) memberi pendedahan dan input tambahan dalam sebelum peperiks

b) cara dan teknik pengurusan masa, teknik dan format peperiksaan

:Pelaksanaan:

a) kumpulan sasaran pelajar SPM
b) dalam bulan Jun hingga September

TAJUK : PRO-Galus MATEMATIK SPM

Objektif:


Mendedahkan teknik terakhir dalam persiapan peperiksaan

Melatih pelajar supaya mempunyai daya tahan di saat akhir menghadapi

peperiksaan


Pelaksanaan:


a) kumpulan sasaran pelajar SPM

b) dalam mas seminggu bermula bulan September dan Oktober


Smart bengkelSPMmaths

slidespm2011

Slide prointen mathsn

Towards Excellent Maths SPM 2010