Halaman

Monday, July 26, 2010

Teknik Menjawab Soalan Matematik 2010


Aktiviti kecemerlangan matematik diteruskan dengan mengadakan satu ceramah Teknik Menjawab Soalan(Kertas2) diadakan pada 19 Julai 2010. Aktiviti ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi 1 dihadiri oleh kumpulan lemah/sederhana manakala sesi 2 bagi kumpulan yang baik. Waktu sesi 1 dan 2 bermula jam 11.00am - 1.00m dan sesi 2 jam 2.00 - 4.00pm. Penceramah yang diundang adalah En Amran Ibrahim (PKHem) SMK Nur Zahirah, Besut. Ia merupakan ketua pemeriksa bagi kawasan tersebut. Antara tujuan utama di adakan adalah:
i. memberi pendedahan kepada skima pemerkahan
ii. memberi teknik dan kaedah jawapan yang dikehendaki dan mematuhi skima.
iii. supaya pelajar sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan percubaan nanti.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Matematik SMKCR dan dikendalikan oleh penulis serta ketua panitia. Alhamdulillah semuanya mendapat manufaat.

Antara ragam pelajar semasa sesi berlangsung:








Antara yang khusuk sampai tertidur........???????










Lampiran bahan rujukan:

1. Keynote & checklist Math SPM

Sunday, July 25, 2010

Towards Excellent Maths SPM 2010


Aktiviti ini dijalankan pada 15 julai 2010 bertempat di D Rizan Resort Pantai Ayer Tawar, Besut, Trg. Seramai 80 orang pelajar dr Smk Cherang Ruku yang terlibat iaitu dari kelas 5sn dan 5tk. Tujuan utama diadakan adalah untuk:
1. Pendedahan kepada situasi P & P diluar bilik darjah
2. Memberi motivasi kepada pelajar.
3. Releaf tension..

Penulis diberi satu slot malam, di mana pengisian slot Matemtik SPM. Komen penulis, para peserta yang hadir amat mengewakan di mana sudah 6 bulan berlalu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah namum para peserta tidak dapat menyatakan topik/tajuk utama yang ditanya dalam soalan matematk SPM. Namun penulis terlintas perlu mengadakan satu/dua aktiviti bagi menanpung kekurangan khusnya persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan percubaan nanti.
Cadangan aktiviti adalah seperti:
i. Intensif Matematik Sains
ii. Gerak-kepong Matematik
iii. Pre-Test Maths
iv. Ceramah Teknik Menjawab Soalan
Harapan semoga dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

Monday, July 19, 2010

Hobi Baru


Sedar tak sedar sudah bulan Julai, hingga tak sedar masa dan hari berlalu, sebanarnya penulis tak ada kesempatan masa untuk menceritakan peristiwa yang berlaku dari bulan April ke bulan Julai. Apa yang menarik penulis sudah menceburkan diri dalam satu aktiviti sukan berbasikal. Sukan berbasikal rupanyanya menjanjikan satu kepuasan dan menyeronokan. Jika kita lihat dari aspek kesihatan..ia memberi satu konsep kecergasan yang optimum, di mana daya tahan kadioveskular(jantung dan darah) amat positif sekali. KOMEN dari penulis, selepas melakuan aktiviti berbasikal, ia telah memberikan tahap kecergasan yang memberangsangkan. Hinggakan bangunpun pagi sangat cergas dan bertenaga. Berdasarkan faktor ini, maka dengan penuh kesyukurannya penulis telah selamat menubuhkan satu kelab berbasikal yang pertama dan berjayakan mengumpulkan ahli tetap seramai 7 orang. Antara aktiviti yang telah dan akan laksanakan/ceburi ialah kayuhan kesihan di Tanah Merah dan Kuala Krai. Manakala aktiviti rutin harian setiap jumaat dan lain bergantung kepada kesanggupan ahli. Untuk keterangan lanjut dan gambaran yang sebenar anda dapat kunjungi diblog http://kbpaspute.blogspot.com/
Nama kelab ialah Kb paspute(Kelab Berbasikal Pasir Puteh..dan ditubuhkan pada 28.5.2010 di Jeram Mengaji Bkt Abal. Apa yang menjadikan prinsip kelab adalah "Berbasikal Beramai".

Smart bengkelSPMmaths

slidespm2011

Slide prointen mathsn

Towards Excellent Maths SPM 2010