PERSIAPAN KENDIRI PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM 2010
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Matematik 2010
Abd. Laziz bin Ghani (Bac. For. Sc./PJPK)
Guru Matematik SMK Cherang Ruku
Sukacitanya di sini membahagikan perkara yang aka dibincangkan dalam kertas kerja ini dan mengandungi tiga topik utama sepertimana berikut:
1. Prinsip belajar matematik
2. Persiapan kendiri pelajar
i. Sebelum peperiksaan
ii. Semasa peperiksaan
iii. Selepas peperiksaan
3. Pandangan dan syor-syor lain
PRINSIP BELAJAR MATEMATIK
Matematik adalah kompleks tetapi menarik, yang mana pengetahuan berbentuk heirarki atau tatatingkap, cara mempelajari matematik adalah berbeza dengan perkara yang lain.
Di sini beberapa prinsip mempelajari matematik secara sistematik dan prinsip ini mesti ada pada setiap pelajar untuk persiapan kendirinya sebelum menghadapi peperiksaan nanti.
Prinsip Pertama: DISIPLIN DIRI
Aspek penting dalam pembelajaran antaranya adalah
- disiplin diri membabitkan aktiviti seperti memulakan tugas belajar matematik
secepat mungkin apabila sampai masa untuk belajar pelajar tersebut.
- menentukan konsep atau tajuk khusus yang hendak dipelajari pada suatu masa
- menyediakan satu tempoh masa yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu
tugas matematik,
- menggunakan masa yang dirancangankan untuk belajar matematik semata-
mata untuk mempelajari masa pelajaran tersebut,
- membahagi-bahagikan masa belajar dengan baik.
- menyediakan jadual belajar secra menyeluruh.
Prinsip Kedua : KEADAAN BAHAN YANG DIPELAJARI
Matematik adalah satu jenis pengetahuan yang bersifat padat, saling berkaitan, berhierarkki dan abstrak maka keadaan pengetahuan sperti arimatik, algebra, kebarangkalian, geomerti dan sebagainya . Ini semua memelukan kepada kemahiran, konsep dan penyelesaian masalah. Dengan memahami jenis bahan perkaitan, maka matematik yang hendak dipelajari kita kan dapat membuat persedian fikiran, perasaan dan perilaku yang sewajarnya.
Prinsip Ketiga : PERSEDIAAN DIRI
Persediaan diri sangat penting dalam mempelajari matematik antaranya :
- memehami tujuan untuk belajar matematik
- memahami keadaan pemikiran semasa mempelajari matematik
- memahami jiwa
- memahami halangan dan dorongan
Prinsip Keempat : PENGLIBATAN AKTIF
Penglibatan aktif mestilah perubahan corak pemikiran, perkembangan corak hidup dan pembangunan jiiwa. Setiap pelajar perlu melibatan secara aktif dalam usaha menguasi kemahiran matematik, memahami konsep matematk dan kebolehan menyelesaikan masalah. Untuk belajar dengan lebih berkesan perlu melakukan trasfomasi daripada " tabiat meniru" kepada "tabiat membina" .
Prinsip Kelima : KEKUATAN BERMUAFAKAT
Pengaulan sosial dengan rakan sebaya atau sekelas sangat penting dalam pembelajari matematik kerana pengaulan ini akan menimbul semangat motivasi yang tinggi. Oleh semangat bermaufakat diantara yang pintar dengan yang kurang akan mengatasi masalah matematik.
Prinsip Keenam : TAJAM MATA GERGAJI
Pembelajaran matematik memerlukan tenaga pemikiran, perasaan dan jasmani. Sekiranya tidak berusaha mengembangkan tenaga tersebut kemungkinan kita akan mengelami fenomena kekurangan tenaga. Oleh itu kita perlu berusaha membina akidah, kekuatan pemikiran, kekuatan emosi, kekuatan sosial dan fizikal secara berterusan.
Prinsip Ketujuh: KESEIMBANGAN ANTARA KEMAHIRAN DAN KEFAHAMAN
Dua isi kandungan dalam matematik ialah kemahiran dan konsep. Kemahiran dapat dicapai melalui aktiviti latihan dan latih tubi secara berterusan makala konsep kaitan berbagai unsur matematik. Apabila pelajar faham iaitu melalui latihan, konsep kefahaman akan timbul secara automatik serta ingatan akan wujud sampai bila-bila. Ringkasnya kefahaman akan membantu pelajar menguasi kemahiran matematik dengan lebih cepat.
Prinsip Kelapan : FOEMULA UNTUK BERJAYA
Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam matematik, maka prinsip untuk berjaya adalah :
1. membaca dengan meluas
2. memilih kawan yang produktif
3. menentukan matlamat yang khusus
4. insan yang beraklak yang mulia
5. bermotivasi tinggi
6. mempunyai kekauatan menyelesaian masalah metematik
7. Latihan berterusan
8. Berpegang kepada ajaran agama.
Ingat kejayaan mempelajari matematik banyak bergantung kepada usaha realistik yang kita lakukan untuk memehami dan menghayati matapelajaran tersebut.
PEMBELAJARAN EFEKTIF
PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA EFEKTIF MENTAFSIR DATA DAN MENGENAL MAKLUMAT PENTING MELAKSANA PROSES DAN PENYELESAIAN BERSEDIA MENDENGAR DAN MEMAHAMI MENGHAYATI DAN MENAAKUL Saya dengar Saya lupa
Saya lihat Saya ingat
MENGENALI DIRI PELAJAR
Menurut Pro. Amir Awang (1984): Semua pelajar dilahirkan dengan potensi kearah perkembangan positif dan
negetif
Secara sebenar, semua manusia berarahkan realisasi potensi positif tetapi darjah
percapaiannya berbeza.
Pada amnya pelajar Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku yang akan menduduki SPM adalah:
Umur : 17 /18 tahun
Kelulusan : PMR
Kedudukan: Bergantung kepada pemikiran otak
1. semulajadi
2. faktor luar
Target Matematik SPM: Kepujian/Lulus ?
Cita-cita : Berguna pada agama dan negara ?
Persiapan Untuk menghadapi SPM sudah/belum?
PERSIAPAN KENDIRI
Merujuk jadual waktu 2010 SPM Novermber/Disember
Kod 1449/1/2
Tarikh/ | Masa | Kertas 1 dan 2 | Masa |
Nov/2010 | pagi/petang | Metematik 1 | 1 1/4 jam |
Nov/2010 | pagi/petang | Matematik 2 | 2 1/2 jam |
Oleh itu, saya memikirkan betapa perlunya pelajar memberi tumpuan persedian kendiri mengikut tarikh dan masa keramat (tarikh Nov/Dis) 2010.
1. Sebelum peperiksaan
2. Semasa peperiksaan
3. Selepas peperiksaan
Sebelum Peperiksaan(tarikh Nov 2010)
Sebelum tarikh peperiksan bermula, anda adalah harapan ibu bapa, guru dan negara haruslah bersiap sedia dari awal untuk merancang dan mengatur beberapa strategi terbaik agar perjuangan dari mula mencapai cita-cita dan matlamat. Kecundang bererti tamat perjuangan anda dalam akademik dan kecewalah harapan ibu bapa anda.
Oleh itu sebelum kecundang, bangkit dan insaflah bahawa perjuangan bermula dari peringkat awal iatu buat persiapan dari sekarang. Persiapan inilah perlu diketahui dalam menghadapi peperiksan matematik 2010.
Mengikut format terbaru 2010 tajuk boleh rujuk dan penguasaan pada lampiran:
Format Kertas
Format Kertas Matematik SPM (DWIBAHASA)
Kertas | Masa | Bentuk soalan | Jum. Soalan | Jum. soalan Perlu dijawab | Catatan |
1 | 1 ¼ jam | Objektif Anika Pilihan | 40 | Jawab Semua | Jawab di atas kertas Ojbektif OMR |
2 | 2 ½ jam | Ujian Sujektif Bahagian A Bahagian B | 11 5 | 11 4 | Jawab di dalam kertas jawapan yang disediakan. Semua jalan pengiraan mesti ditunjukkan. Bahasa : BM / BI |
Setelah mengetahui format dan ciri kandungan matematik SPM pelajar perlu menguasai
1. Pengetahuan (melalui p dan p dalam bilik darjah)
2. Kemahiran belajar dan berfikir
- braintorming
- pemetaan minda
- membuat perbandingan
- analisis ingatan dan interperitasi
- deduksi (mencari makna data yang diberi)
- bertanya soalan
3. Berdampingan dengan guru
4. Tumpuan penuh semasa guru mengajar
5. Luahkan soalan bila tidak faham
6. Perbanyakan latihan/latih tubi
7. Pembetulan pada jawapan yang salah
Langkah-Langkah Efektif Mengulangkaji
Berikut adalah lengkah-langkah yang perlu diikuti semasa membuat ulangkaji mata pelajaran matematik:
- Baca soalan beberapa kali dan cuba mengenalpasti definisi, istilah dan symbol-simbol yang diberikan. Jika tidak faham, sila rujuk buku rujukan.
- Di dalam kebanyakan soalan matematik terdapat kata kunci atau maklumat penting dalam menyelesaikan soalan matematik. Kenal pasti kata kunci atau maklumat penting.
- Jika mendapati soalan yang ingin dijawab adalah setara dengan nota yang telah diberikan. Nota ini hendaklah diguna pakai apabila masalah yang diselesaikan tidak kesampaian.
- Tidak ada jalan pintas dalam penyelesaikan masalah Matematik. Oleh itu, semua langkah penting perlu diberi perhatian.
- Selain memahami langkah penyelesaian yangdibuat, pelajar jug harus mengetahui kenapa langkah berkenaan digunakan. Pelajar juga perlu berfikirlangkah penyelesaian yang berbeza unuk menyelesaikn masalah yng diberi untuk mencambah daya pemikiran.
- Jika masalah yang dikemukan itu dapat diselesaikan dan telah difahami, pelajar tidak perlu lagi meujk nota dan cuba untuk menyeleaikan soalan lain yang berkaitan. Semak semua langkah penyeleaian dan jawapan yang diberika.
- Guna buku latihan matematik yang menyediakan kaedah penyelesaian dan jaapan.
Kepentingan ulangkaji
Mudah Menghubungkait isi/tajukCatatan
Mudah buat Catatan
Kepentingan Ulangkaji
Melengkapkan fakta melalui rujukan
Menambah Kefahaman
Pada Hari Peperiksaan
Mudah Menghubungkait isi/tajukCatatan |
Mudah buat Catatan |
Kepentingan Ulangkaji |
Melengkapkan fakta melalui rujukan |
Menambah Kefahaman |
1. Bersedia untuk peperiksaan
2. Persedian fizikal dan mental
-Tidur awal
- Semakan sepintas lalu semua konsep, rumus dan sebagainya
- Alat tulis, geometri mestilah lengkap
- Bawa kad pengenalan
3 .Markah hak anda jika anda layak !
4. Masa itu emas
Kadar menjawab soalan secara umum adalah seperti di bawah:
Anggaran Masa Menjawab
Kertas | Bahagian | Peruntukan masa untuk setiap |
Bahagian Soalan | ||
1 | OBJEKTIF | 1 ¼ JAM 1 min 52 saat |
2 | A B | 1 ½ JAM 8 min 10s (gunakan 1 jam 30 min) 1 JAM 15 min (Gunakan 1 jam) |
*Bagi isi dan kandungan setiap ujian boleh rujuk pada TAJUK DAN PENGUASAAN
KUASA TEKNIK MENJAWAB
Bagi Kertas 1:
1. Agihan Masa
a) 3 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan
b) 40 soalan : 1 soalan = 1 minit 52 saat
c) 4 minit terakhir semak semua soalan
2. Petua Am:
a) Baca dan faham solan dengan teliti
b) Garis ayat penting, bina gambar rajah jika perlu untuk memudahkan pemahaman
c) Kira langkah demi langkah dengan cermat
d) Tinggalkan dahulu soalan yang sukar, tanda dan teruskan soalan yang lain
e) Setelah selesai semua sekali, kembali ke soalan yang sukar tadi
f) Semak, jika soalan tertinggal
g) Semak secara keseluruhan , masa 4 minit semakan
Bagi Kertas 2
1. Agihan masa:
a). 1 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan
b) Bahagian A - Jawab 11 soalan , setiap satu soalan masa 7 minit
c) Bahagian B - Jawab 4 soalan , setiap satu soalan masa 18 minit
2. Petua Am:
a) Seperti mana panduan kertas 1
b) Langkah pengiraan ditunjukan dengan jelas
c) Guna ruang yang disediakan
d) Permudahkan jawapan
e) Faham istilah/kata jkerja (Rujuk kepada kata kerja)
f) Serah kertas soalan diakhir peperiksaan(pastikan No. Kp dan No. Soalan dan Angka
Giliran ditulis pada tiap-tiap halaman kertas jawapan.)
Ingatan
Bagi Kertas 2:
Guna simbol matematik sebaik mungkin. ayat yang panjang hanya mengelirukan pemeriksa. Markah mungkin hilang. Ingat pemeriksa TIDAK sekali-kali boleh membaca untuk pelajar.
Di awal kemasukan ke dalam dewan,catitkan semua rumus/perkaitan/ rajah-rajah penting supaya tidak terlupa. Duduk dan hadapilah kertas peperiksaan Matematik SPM dengan keadaan penuh keselesaan zahir dan batin.
Selepas Peperiksaan
Tugas pelajar belum berakhir sehingga keputusan peperiksan diumumkan (akhir Feb atau Mac 2006). Lakukan sebagaimana amalan biasa , manusia mampu berusaha Allah sahaja menentukan. Bertawakallah. TIADA HASIL MELAINKAN KECEMERLANGAN.
MATEMATIK ITU SERONOK
MATEMATIK ITU INDAH
MATEMATIK ITU MUDAH
APA YANG PENTING MATEMATIK ADALAH RAJA SEGALA BIDANG/CABANG SAINS
No comments:
New comments are not allowed.