Halaman

Thursday, March 31, 2011

LIGA HOKI REMAJA KEBANGSAAN 2011


Salam sejahtera dan penemuan 2011, bicara pertama penulis, topiknya Liga Hoki Remaja 2011.Pasukan Kelantan telah menyertai liga divisen 1 Hoki remaja Kabangsaan di bawah nama PHK/MSSK. Div. 1 terdiri dari pasukan BJSS Js, BJSS, SSBP Jr.,SSBP TB, DBI,MBPJ,ANDESON dan UNIKL.

Pasukan Kelantan telah melalui perlawanan pertama dan kedua pada 26,27 Mac 2011 bertempat di stadium hoki k.Terengganu melibatkan perlawanan diantara SSBP Jr. dan SMK Andeson Perak. Keputusan perlawanan, Kelantan tewas 1 -4 dan seri 3 - 3 dengan Andeson. analisa kedua-dua perlawanan, pasukan kelantan banyak melakukan kesilapan mudah sehinggakan beberapa strategi diubah suai, ini termasuk posisi penjaga gol. walau bagaimanapun, perlawanan seterusnya Kelantan berkunjung ke Ipoh untuk perlawanan ketiga menetang DBI.

Monday, November 15, 2010

CEO Baru


Hari ini dalam sejarah, tanggal 14 Nov 2010(Ahad), SMK Cherang Ruku menerima seorang pengetua baru khususnya didatangi dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Nama beliau ialah Tuan Hj. Wan Zakaria Wan Ismail, beliau adalah merupakan bekas Pen. Pengarah Jaminan Kualiti, Sektor Jaminan Kualiti JPN Kelantan. Apapun ucapan "SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS" kami sambut..yang dulu gah dan bergaya meninggalkan, tapi yang baru lebih cangih dan bermutu setanding dengan jaminan kualitinya. Itu harapan dan cita-cita dari pihak kami..yang cemerlang terus gemilang dan terbilang akhirnya.





Ucapan Pertama (Selasa 16 Nov 2010)



Ucapan dari ceo baru pada hari selasa, iaitu hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010. Ucapan adalah ringkas dan padat khususnya penekanan kepada beberapa aspek. Antaranya adalah;

1. Penekanan kepada belajar- khususnya kepada semua pelajar SMKCR, maksudnya ilmu dunia dan akhirat.
2. Bersama membina kejayaan dan kecermelangan di SMKCR
3. Menitiberatkan keputusan peperiksaan-penekanan kepada GPS bagi semua peperiksaan awam.
4. Ulasan dari PKHEM dan PK1-dalam ulasan penekanan diulangi semula dan meningatkan kepada semua persiapan pada tahun 2011.
5 Ulasan persiapan sesi 2011- hari pertama persekolahan sesi 2011,
- KPI dan NKRA sekolah
- Penekanan dalam MS / ISO 9001
- Guna keadahkan menyelesaikan
masalahah.
Harapa dan kejayaan mestilah bermula dari bawah, tampa sokongan dari semua pihak kejayaan tidak akan dicapai. Maka marilah kita semua khususnya pelajar, guru dan kakitangan bergabung tenaga dengan kesepakataan yang jitu lagi kemited..kejayaan akan tercapai.

sekian..sekadar renungan, utk kebaikan bersama..HIDUP SMKCR 2011

Saturday, November 13, 2010

Red Warriors CAMP "Malaysia Cup"




Apapon Taniah!!..Hu..rai!! dari seluruh peminat Kelantan yang berada di Pasir Puteh di atas kejayaan Pasukan Kelantan menjadi johan dalam Kejohanan Piala Malaysia 2010. Tanggal 12 Nov 2010, serombongan pegawai dan pemain Red Warriors hadir bersama dengan piala Malaysia datang untuk mempersembahakan kepada semua peminat bola sepak khusunya di Daerah Pasir Puteh. Penulis sempat datang bersama dengan anak buah untuk melihat sendiri dari dekat piala Malaysia itu. Acara sembutan berlangsung dalam suasana cuaca yang amat baik iaitu jam 3.30-4.30 ptg. Betapa gah dan bersemangat yang ditunjukkan dari peminat Pasir Puteh termasuk penulis sendiri merasakan berdirinya bulu roma, ini menandakan semangat perjuangan pasukan Kelantan sungguh tinggi. Meskipun pada musim lepas pasukan Kelantan gagal membawa pulang..tetapi taniah dan syabas diucapan kepada semua pemain dan juga jurulatihnya yang berjaya pulang dengan penantian hampir 89 tahun. Tampa sokongan padu peminat dan seluruh rakyat kelantan, ia tidak akan menjadi kenyataan. Analisa dibuat pada tahun ini berbeza sedikit jika dibandingan dengan tahun lepas dipentas perlawanan akhir. Bak kata ada sesuatu tak kena pada perlawanan tahun lepas..mungkin ada barang disebalik kegagalan..entah tahun ini tidak menghampakan. Tapi apa yang menrisaukan penulis, bagaimana pulak pasukan Kelantan dimusim 2011 nanti??

Sambutan
Anggapan penulis sembutan pada hari tersebut tentunya grand dan meriah., sehinggakan penulis datang bersama anak buah dengan menunggang motosikal..takot jam.,pada jagaan awal tertulah suasana sibuk dan jam dengan kenderaan, rupanya tidak seperti mana jangkaan awal, malah seperti biasa sahaja. Mungkin sesuatu yang tak kena, pada pemerhatian penulis didapati di atas pentas utama selain dari presiden KAFA....macam peminat dari satu anjur kepatian..koh sambutan untuk kejayaan kemenangan pati???atau kemenangan peminat bolasepak Kelantan???Walhalnya kemengan ini adalah kemenagan rakyat Kelantan. Jika dan perkara ini berlaku sedemikian, jangkaan penulis
pasukan yang dianggap gah dan idola peminat seluruh rakyat Kelantan akan meredum moral support padta musim 2011. Perlu di ingat sokongan mesti natural tampa kepatian...yang sokong berpaksi kepada satu tujuan, satu impian dan satu kejayaan tampa campur aduk antara sukan dan politik..Jika dibiarkan ini berlaku...hancur?!!!BOLA SEPAK-GOMO KELANTAN SAMA SENDIRI. Ini hanya pandangan dan coment penulis sahaja, buat rungan dan fikir-fikir bersama.









Monday, November 8, 2010

Proton Idaman



Proton Inspira, satu ceratan model terbaru kereta nasioanal. Cuma apa yang menerik anda dapat memperolehi dengan cara mencantum keratan untuk menjadikan satu model contoh. Inilah satu model kereta standard malaysia..akan muncul dalam tempoh terdekat. Harga???CC..2000. Cuba camtum dahulu sebelum menempahnya..SELAMAT MENCUBA.





Rekabentuk yang Gahhhh


Boleh tempah..cuba baru tahu....bukan silap mata

Friday, October 29, 2010

Matlamat Seorang Suami/Isteri


Penulis teruja dan termenung....oh! alangkah sejuknya senubari hati dan perasaan pabila terpandang satu iklan yang bertajuk "SEMBUTAN HARI SUAMI ISTERI". Kata-kata "Engkau Kekasaih Sejati" tema sembutanya. TQ buat kerajaan Negeri kerana dapat melaksanakan satu program pada tanggapan penulis satu program yang mulia dan penuh keberkatannya. Rasanya penulis sangatlah rugi..kerana tidak terlibat secara langsung dalam program ini, tambahan pula inilah satu-satu acara ini diadakan dalam sebuah negeri yang berkonsepkan membangun bersama islam. Penulis harap para pembaca dapat merenung dan sama-samalah menanam satu sikap Engkau kekasih sejati dunia akhirat. Untuk renungan..tiada kaitan yang hidup dan mati..sekian.

Monday, September 27, 2010

Seorang CEO Cemerlang dan Dikenang


Tanggal 3 Okt 2010, perginya seorang insan selaku CEO sekolah yang cemerlang. Kecemerlangan bermula pada dari tahun 2006 dan kemuncaknya 2009/10. Genap 5 tahun sumbangan beliau sebagai Ceo yang dianggap oleh penulis sebagai seorang pengetua sekolah yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan murni. Pada pandangan penulis kesungguhan dan kerajinan dalam semua bidang aspek menggambarkan keberhasilan sekolah yang cemerlang. Apa pun cita-cita dan harapan akan tetap sama walaupun di mana beliau berada. Sesungguhnya penulis menguncapkan selamat bertugas di tempat baru..semoga dapat mencari apa yang di katakan "Kamil Tersohor" dijelmakan untuk dijadikan tatapan kepada umum. Salamat Maju Jaya..maaf zahir batin dr penulis.

Saturday, August 21, 2010

SekolahKu KebanggaanKu

Dalam kehulu-kehilir kawasan sekolah, penulis teruja dan tertarik, entah mungkin terpandang 3 "banner"tergantung di mana tertulis Taniah untuk calon PMR, SPM dan STPM tahun 2009 .
Taniah untuk calon PMR & SPM ada 6 calon dan bagi STPM 2 calon, mejoritinya perempuan. Apa yang penulis ingin memperkatakan atau ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca atau sebaliknya di mana fokus tempuannya adalah Lompatan Saujan, GPS dan Rekod lulus 100% . Petunjuk ini menggambarkan gahnya sekolah penulis apatah lagi pengemudinya tentulah seorang CEO yang hebat dan cemerlang. Apabila CEOnya bagus, awak-awak sangatlah bagus(jon cangkul,gala,taman dan baja). Perasaan gembira dan suspen bukan puashati tapi yang pertama sekali penulis cuba bayangkan bagaimana hendak menghadapi tahun 2010 nanti. Persoalannya pelanggan 2009 tak sama dengan tahun 2010 dan perjalanan kita tak nampak kejayaan atau kegagalan . Dengan pencapaian yang diperolehi, sekolah telah diberikan penarafan mengikut NKRA adalah diketogori sekolah CEMERLANG dan berpotensi menjadi SekolahBerprestasi Tinggi. Perbincangan tertumpu kepada 3 aspek penting;

Pertama Respons Kepada Lompatan Saujana
Woh...hebat sebanyak 18.37% capainya. Sejuk panas rasanya, doh bulan Ogos, lepas percubaan..result tak menunjukkan Lompatan Saujan II lagi. Salah satu program/aktiviti berjalan adalah pkt jembang dilaksankan . Puak2 pkt.Jembang PMR nampak kuat belaka dan bertenaga... harap gituuu..harap semua dapat APC tahun depan. SELAMAT BERJAYA...(LS II 2010).

Kedua Peningkatan GPS dan Rekod 10A

Julung-julung kalinya dalam sejarah SPM calon sekolah dapat 10A dan peningkatan GPS 5.86 ke 5.58. Amnya kelulusan SPM 92.53%(Atas subjek BM). Entah lagu mano tahun ni...dok periksaan percubaaan SPM. Nampak gaya letih dibuatnya, ini termasuklah penulis sendiri dalam subjek maths. Malah program Intensif Maths / Sains dan Towards Excellant Maths sudah dilaksanakan, KELAS pemulihan BM sudak pakat ratam..apa lagi nok kacan. Tapi sejak akhir-akhir ini, program Jom ke Sekoloh tak nampak kejayaannya. Harapan penulis dengan adanya puak-puak SPM yang gah lagi semangat,lepas raya Jom Pakat Gomo sampai leihh!!!. Gunakanlah buah kilas dan bomo yang ada..lepas tu Tawakal..


Ketiga Kekalkan Rekod 100% Lulus
Apa yang membanggakan seramai 75orang masuk U tahun lepas. Memang stady, puak-puak driver STPM(DG52..DG48) Tapi dengar sunggut tahun ni, letih sikit tapi tak apo, pengelaman doh ada. Harapan tahun ini boleh jadi Sohor SMKCR No. 1, dapat atasi rekod pencapaian peringkat Kebangsaan...tengok pula sapa CEOnya.

Catatan hanya renungan dan tiada kaitan yang terbabit.

Sekian...SMKCR TERSOHOR GELEMORNYA

Bahan dan Soalan Maths SPM

Kertas Julai K1(2010)
Kertas Julai K2(2010)
Towarda Excellent Math SPM
ProIntensif Maths and Scn SPM
Map..f5 for maths
Bank Soalan Maths10
SoalanPercubaan Maths

Monday, August 16, 2010

Pecubaan SPM 2010


Bermula 15 Ogos - 2 Sept. 2010, merupakan tarikh peperiksaan Percubaan SPM pada tahun ini. Bersempena bulan puasa ini, alangkah terujanya hati dan perasaan penulis dalam menghadapi penantian tarikh peperiksaan percubaan SPM. Apa tidaknya..yang nak ambil periksa muka selamba saja..tapi yang tak ambil cemas dan risau sekali. Yang sakit hatinya mukanya 5sen(karat pulak tu) relex yah, masih jauh terpancar kerisauan dan kebimbangannya tentang peperiksaan. Bagi agaknya cuba baru..tak sebenarnya lagi, wat gapo gak...hero tak gadohh????. Jawabnya kepada penulis..nak buat cam na? Itulah hakikatnya menjadi pemandu yang tetap dan setia..malah sudah lali dengan gelagak penumpangnya. Apapon masa masih ada bagi penumpang untuk berubah dengan kesedaran yang optimum..hanya doa saja mengirimi dalam cubaan ini. Jumpa after raya kot..(hal periksa). Para penumpang boleh layari web,blog dan lain-lain berkaitan tentang SPM.

Saturday, August 14, 2010

Perhimpunan Ahad 15 Ogos 2010


Perhimpunan mingguan pertama dalam bulan puasa(Ramadhan) diadakan seperti biasa. Antara Agenda perhimpunan adalah menyatakan dua ucapan perkara penting:

i. Ucapan/laporan guru bertugas
ii. Ucapan oleh PKHEM


Laporan Guru Bertugas

Laporan dibacakan oleh Cikgu Mat Dollah:
3 perkara yang dibentangkan, iaitu;
Perisitiwa yang berlaku pada minggu lepas
1. ketibaan ramadhan 1431H
2.Minggu pelancaran Bulan penghayatan rukun negara dan sambutan kemerdekaan ke-53
3. Tingkatan 6R(PraU Rendah) menghadapai peperiksaan kali pertama
4. Mesyuarat Pasukan SPM
5. Lawatan PPD

Aspek Kebersihan

- kesimpulan yang disampaikan oleh beliau adalah ditahap memuasakan tampa sebarang perubahan
- baikpulih blok C (tandas)

Kehadiran
-purata keselurahan minggu lepas adalah 88%..kesimpulannya tahap kehadiran diketogerikan sangat kritikal dimana perlu diambil tindakan segera.
-peratusan kehadiran pada hari Ahad-78%, menyumbangkan ketidakan hadiran yang terlalu rendah. Analisa kelas peperiksaan menunjukan kelas 6Atas(calon STPM) mencatatkan ketidakhadiran yang ketara. Tindakan segera perlu diambil..?

Ucapan PKHEM
Ucapannya menyentuh tentang Budaya Race motosikal telah menular khusnya pada sebelah malam. Apa persoalan yang membimbangkan adalah melibatkan pelajar SMKC. Kejadian inisudah berlaku sejak 2 - 3 malam dalam ramadhan ini, di mana juga sesi race ini bermula jam 3-4 pg dan yang seriusnya melibat wang pertaruhan. Ingat dan perhatian diberikan kepada semua pelajar dan tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya didapai ada yang terlibat.
Tindakan segera oleh Tuan Pengetua

-melakukan perhimpunan ke atas pelajar ting. 6Atas....Nasihat dan
tindakan mungkin diutarakan demi maruah serta status sekolah.
Penulis hanya sempat merakamkan gambar sahaja tampa mendengar ulasan.

Saturday, August 7, 2010

Perhimpunan Ahad

Tanggal 8 Ogos 2010, majlis perhimpunan ramsi sekolah diadakan bersempena Bulan Penghayatan Rukun Negara dan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 53. Anatara agenda dan pengesian perhimpunan adalah Ucapan perasmian oleh tuan Pengetua dan petunjukan aktiviti pengisian oleh pelajar.


Antara intipati ucapan perasmian pengetua adalah:
Tuan Pengetua;



Ucapan terima kasih ke atas panitia Sivik dan Kenegaraan SMKCR

kerana telah berjaya mengadakan acara ini. Bulan kemerdekaan ini bermula dari Ogos - September 2010, yakni berdasarkan kepada Merdeka Semenanjung Tanah Melayu dan Penyertaan Sabah dan Serawak ke dalam Malaysia.
Penekanan dalam ucapan adalah berdasarkan kepada dua makna kemerdekaan:
1. Kemerdekaan dalam ertikata Bebas dari Penjajah(teori)
2. Kemerdekaan dalam kontek Realiti Sebenar seorang pelajar.

Antara yang lain dan ada kaitannya, juga disentuh mengenai perkembangan sekolah ialah kedudukan SMKCR kini berada dalam
ketegori sekolah cemerlang dan mempunyai potensi ke arah sekolah berprestasi tinggi.

Intipati yang penting!
Empat perkara yang merosakan generasi pada pada sekarang khusnya kepada remaja atau pelajar. Anatarnya adalah 4F:
i. F
esyen ii. Filem iii. Food iv. Facebook

Perbincangan ke atas fesyen-
contoh fesyen -rambut
Filem - Tajaan filem Billywood
Food- Makan KFC dan first food
FaceBook- Tajaan yahudi


Kesimpualan di sini dapat diertikan bagi mengatasi permasalahan ini, konsep AIS perlu diguna pakai, ia merupakan singkatan kepada sikap,intellegent dan spriture yang akan menjamim pembentukan keperibadian yang mulia dan berahlak melalui amalan dan pelaksaaan keatas semua pelajar. Jika rekod telah tercatat pada tahun ini seramai 78 pelajar SMKCR telah berjaya masuk U dan sekolah mendapat pengiftirafan sebagai sekolah cemerlang
dan berharas melakukan lompat saujana II pada 2010 ini.










Program Kayuhan Sihat Jelajah Kelantan 2010

Program ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Kelantan dengan kerjasama Hospital Daerah Kota Bharu,Gua Musang, Kuala Krai ,Machang, Pasir Puteh dan Bachok. Program Kayuhan Jelajah Kelantan sebenarnya bermula dari Gua Musang dan berakhir di Bachok iaitu pada 5 Ogos 2010 dan berakhir pada 7 Ogos 2010. Ia merupakan satu program riadah sihat dan dijadikan acara tahunan bermula pada tahun ini.
Permulaan kayuhan dari PPuteh ke Bachok melalui pekan Jelawat. Jaraknya 35km dan memakan masa lebih kurang 2 jam. Penulis merasakan satu pengelaman baru dan apa yang membanggakan tahap kesihatan bertambah baik.












Semasa dipekan Jelawat





Sunday, August 1, 2010

Perhimpunan Mingguan


Tanggal 1 Ogos 2010, seperti biasa perhimpunan mingguan diadakan. bersempurna BULAN KEMERDEKAAN Di antara intipati/agenda adalah ucapan tuan pengetua SMK Cherang Ruku adalah:
I. Amanat Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan
- supaya semua sekolah bersedia dalam menghadapi peperiksaan khususnys pep. PMR, SPM dan STPM.
- Penekana tentang persiapan ditujukan kepada semua guru dan pelajar.

II. Perkembangan sekolah SMK Cherang Ruku
- SMK Cherang Ruku terkini telah diberi taraf sekolah cemerlang berbanding sebelumnya diketegorikan sekolah harapan. Bermula tahun 2006 (sek. biasa), 2009(sek. sedederhana dan 2010(sek. cemerlang).

Apa yang menariknya, cabarang terkini SMK Cherang Ruku telah dan akan dibolehkan memenuhi sekolah Berprestasi Tinggi. Ini mestilah memenuhi syarat dan petunjuk yang berfokuskan kepada:

1. Percapaian Akaedemik
- B Inggeris dan lain subjek penting

2. Pencapaian dalam Kokurikulum
- tahap kebangsaan

3. Salsiah Pelajar
- tahap disiplin dan moral yang tinggi
- memerlukan perancangan strategi dalam gejala sosoal

4. Perlu melakuakan ;Net working:
- jaringan antara guru dgn. SEk, PPD,JPN dll.
Apa yang membanggakan penulis merasakan satu pergerakan kemajuan sekolah dari tahun ketahun. Harapan yang tinggi perlu di antara guru-guru, Ibu bapa serta pentadbir sekolah yang sentiasa komeited dan bekerja dalam kumpulan..1Malaysia, 1pengetua,1pencapaian agar cemerlang, gemilang dan terbilang akan terhasil dan terlaksana.

wassalam....Penulis

Monday, July 26, 2010

Teknik Menjawab Soalan Matematik 2010


Aktiviti kecemerlangan matematik diteruskan dengan mengadakan satu ceramah Teknik Menjawab Soalan(Kertas2) diadakan pada 19 Julai 2010. Aktiviti ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi 1 dihadiri oleh kumpulan lemah/sederhana manakala sesi 2 bagi kumpulan yang baik. Waktu sesi 1 dan 2 bermula jam 11.00am - 1.00m dan sesi 2 jam 2.00 - 4.00pm. Penceramah yang diundang adalah En Amran Ibrahim (PKHem) SMK Nur Zahirah, Besut. Ia merupakan ketua pemeriksa bagi kawasan tersebut. Antara tujuan utama di adakan adalah:
i. memberi pendedahan kepada skima pemerkahan
ii. memberi teknik dan kaedah jawapan yang dikehendaki dan mematuhi skima.
iii. supaya pelajar sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan percubaan nanti.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Matematik SMKCR dan dikendalikan oleh penulis serta ketua panitia. Alhamdulillah semuanya mendapat manufaat.

Antara ragam pelajar semasa sesi berlangsung:








Antara yang khusuk sampai tertidur........???????










Lampiran bahan rujukan:

1. Keynote & checklist Math SPM

Sunday, July 25, 2010

Towards Excellent Maths SPM 2010


Aktiviti ini dijalankan pada 15 julai 2010 bertempat di D Rizan Resort Pantai Ayer Tawar, Besut, Trg. Seramai 80 orang pelajar dr Smk Cherang Ruku yang terlibat iaitu dari kelas 5sn dan 5tk. Tujuan utama diadakan adalah untuk:
1. Pendedahan kepada situasi P & P diluar bilik darjah
2. Memberi motivasi kepada pelajar.
3. Releaf tension..

Penulis diberi satu slot malam, di mana pengisian slot Matemtik SPM. Komen penulis, para peserta yang hadir amat mengewakan di mana sudah 6 bulan berlalu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah namum para peserta tidak dapat menyatakan topik/tajuk utama yang ditanya dalam soalan matematk SPM. Namun penulis terlintas perlu mengadakan satu/dua aktiviti bagi menanpung kekurangan khusnya persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan percubaan nanti.
Cadangan aktiviti adalah seperti:
i. Intensif Matematik Sains
ii. Gerak-kepong Matematik
iii. Pre-Test Maths
iv. Ceramah Teknik Menjawab Soalan
Harapan semoga dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

Monday, July 19, 2010

Hobi Baru


Sedar tak sedar sudah bulan Julai, hingga tak sedar masa dan hari berlalu, sebanarnya penulis tak ada kesempatan masa untuk menceritakan peristiwa yang berlaku dari bulan April ke bulan Julai. Apa yang menarik penulis sudah menceburkan diri dalam satu aktiviti sukan berbasikal. Sukan berbasikal rupanyanya menjanjikan satu kepuasan dan menyeronokan. Jika kita lihat dari aspek kesihatan..ia memberi satu konsep kecergasan yang optimum, di mana daya tahan kadioveskular(jantung dan darah) amat positif sekali. KOMEN dari penulis, selepas melakuan aktiviti berbasikal, ia telah memberikan tahap kecergasan yang memberangsangkan. Hinggakan bangunpun pagi sangat cergas dan bertenaga. Berdasarkan faktor ini, maka dengan penuh kesyukurannya penulis telah selamat menubuhkan satu kelab berbasikal yang pertama dan berjayakan mengumpulkan ahli tetap seramai 7 orang. Antara aktiviti yang telah dan akan laksanakan/ceburi ialah kayuhan kesihan di Tanah Merah dan Kuala Krai. Manakala aktiviti rutin harian setiap jumaat dan lain bergantung kepada kesanggupan ahli. Untuk keterangan lanjut dan gambaran yang sebenar anda dapat kunjungi diblog http://kbpaspute.blogspot.com/
Nama kelab ialah Kb paspute(Kelab Berbasikal Pasir Puteh..dan ditubuhkan pada 28.5.2010 di Jeram Mengaji Bkt Abal. Apa yang menjadikan prinsip kelab adalah "Berbasikal Beramai".

Thursday, April 1, 2010

Liga Hoki Remaja 2010







Pasukan Kelantan(PHK/MSS Kelantan) akan menyertai dalam kejohanan Liga Hoki Remaja pada tahun ini dan disenaraikan dalam Division 1, yang mana terdiri daripada pasukan SSPB, SSBJ, SMK Anderson, UniKL, MBPJ dan MWHA. Perlawanan pertama pasukan kelantan pada 11/4/2011 di Std. Hoki Terengganu. Ulasan keputusan dan perjalanan perlawanan akan disambung dari masa kesemasa.

Jadual Perlawanan:

Tarikh Lawan Tempat Keputusan

11/4 Kel vs UNIKL Stu.Trg.

Ulasan perlawanan pertama, kelantan kecundang pada perlawanan pertama dengan kekalahan 1 -7 kepada uniKL. Analisa yang dapat dibuat pasukan kelantan belum bersedia sepenuhnya, jika dilihat dari segi kecergasaan dan analisa perlawanan pasukan kelantan jauh ketinggalan berbandingan pasukan lawan. Ditambah lagi rata-rata pasukan lawan diwakili oleh pemain-pemain yang terpilih dari seluruh negeri dan tahap kemahiran berada pada high lavel.. tapi pada perlawanan kedua nanti pasukan mesti lebih bersedia dan berazam mengubah kedudukan atau sekurang-kurangnya dapat mengimbangi pasukan lain dalam divisen 1.

16/4 BJSS Jr vs Kel STR
Keputusan 1 -1 . Permulaan yang semangkin meningkat...pasukan kelantan dapat bermain dengan strategi yang baik dan mutu permainan yang boleh membanggakan. Peningkatan pasukan setelah selesai perlawanan kedua mengcapai 55-70% keserangsian. Harapan pada perlawanan ketiga akan bertambah baik lagi....Jumpa di Bandar Penawar Johor.







18/4 SSBP vs Kel SSPB

Perlawanan berkesudahan kelantan ketinggalan dengan jaringan 1 - 8. Pasukan Kelantan boleh dirumuskan bermain dengan konsisten pada separuh masa pertama sahaja(1-10mim), dan selepas itu corak permainan bertambah tidak konsisten lagi malah banyak gol-gol yang dijaringkan hasil dari pukulan sudut penalti(5 gol)manakala selebihnya gol padang...kesimpulan pasukan bermain dengan 60% tahap prestasi jika berbanding dengan perlawanan sebelumnya
23/4 Kel vs BJSS Trg
Pasukan Kelantan dibelasah lagi dengan jaringan 0 -8 di tangan BJSS. Keseluruhan permain tidak menunjukan mutu permainan yang diharapkan. Tambahan pula keseluruhan prestasi dan stamina amat mendukacitakan jika berbanding dengan pihak lawan.
25/4 Kel vs SMK Adson Trg

Kekalahan pada 2 permainan sebelumnya dapat diperbaiki dengan pasukan Kelantan hanya seri 3 - 3 dengan SMK Andeson, Perak. Jika dilihat dari perlawanan, pasukan kelantan mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi dipersiakan oleh jentera penyerang...tambahan pula, kelantan memperolehi 7 -8 pulan sudut penalti yang mana jaringan sepatutnya diperolehi. Apa pun...rezeki tidak datang lagi, cuma perlawanan seterusnya kelantan mesti menang bagi menjamin ke peringkat suku akhir.
2 /5 Kel vs MBPJ TRg

Malangnya kalah lagi.dengan jaringan ( 1 - 4)....apa nak jadi????. Kesimpulan permainan amat mendukacita malah permainan pasukan kelantan boleh dikatakan dalam "emosional game". Ketua pasukan dikenakan kad kuning...tapai pasukan kelantan kelantan dapat mengawal hanya dalam separuh mas kedua..tetapi kealpaan permain, menyebabkan pasukan lawan mengambil peluang menambah bilangan gol. Apapun ada lagi 2 baki perlawanan sahaja lagi.

14/5 MWHA vs Kel NHS
Perlawanan dengan kesudahan kelantan menundukkan Wanita Malaysia dengan jaringan 3 berbalas 2. Situasi perlawanan saling serang menyerang...tapi pasukan muda kelantan dapat mencuri peluang dengan 3 jaringan gol padang, manakala wanita malaysia hasil dari penalti coner. Semua pemain kelantan bermain dengan penuh semangat, dan hanya banyak bergantung kepada pemain simpanan sahaja.










16/5 SSBP Jr vs Kel SSBP




Keputusan perlawanan, Kelantan 1 SSBP 1. Perlawanan tidak dapat dihabiskan sepenuhnya.. hanya 10 minit separuh masa kedua sahaja berlansung. Pergadil perlawanan memberhentikan perlawanan dengan alasan cuaca yang tidak mengizinkan. Apapun pemain muda kelantan tetap bersyukur dengan keputusan tersebut. Secara keseluruhan perlawanan Kelantan dapat menimbangi situasi perlawanan...jika diteruskan kemungkinan besar Kelantan dapat menewaskan pasukan SSBP Junior tapi apapun OKlah..
kESELURUAN LIGA HOKI INI KELANTAN BERADA DITANGGA KE 7 DARI SEMBILAN PASUKAN YANG BERTANDING. APAPUN JUMPA LAGI PADA LIGA 2011 NANTI.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TIM.PENGARAH PELAJARAN KELANTAN DAN SEMUA JURULATIH KERANA PENAMPILAN SATU PASUKAN YANG BERMUTU DAN DISEGANI YANG MANA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WAKIL PANTAI TIMUR YANG GAGAL PERKASA.....JUMPA LAGI TQ.

Blogger......by






Smart bengkelSPMmaths

slidespm2011

Slide prointen mathsn

Towards Excellent Maths SPM 2010