
Friday, October 29, 2010
Matlamat Seorang Suami/Isteri

Monday, September 27, 2010
Seorang CEO Cemerlang dan Dikenang

Tanggal 3 Okt 2010, perginya seorang insan selaku CEO sekolah yang cemerlang. Kecemerlangan bermula pada dari tahun 2006 dan kemuncaknya 2009/10
Saturday, August 21, 2010
SekolahKu KebanggaanKu
Taniah untuk calon PMR & SPM ada 6 calon dan bagi STPM 2 calon, mejoritinya perempuan. Apa yang penulis ingin memperkatakan atau ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca atau sebaliknya di mana fokus tempuannya adalah Lompatan Saujan, GPS dan Rekod lulus 100% . Petunjuk ini menggambarkan gahnya sekolah penulis apatah lagi pengemudinya tentulah seorang CEO yang hebat dan cemerlang. Apabila CEOnya bagus, awak-awak sangatlah bagus(jon cangkul,gala,taman dan baja). Perasaan gembira dan suspen bukan puashati tapi yang pertama sekali penulis cuba bayangkan bagaimana hendak menghadapi tahun 2010 nanti. Persoalannya pelanggan 2009 tak sama dengan tahun 2010 dan perjalanan kita tak nampak kejayaan atau kegagalan . Dengan pencapaian yang diperolehi, sekolah telah diberikan penarafan mengikut NKRA adalah diketogori sekolah CEMERLANG dan berpotensi menjadi SekolahBerprestasi Tinggi. Perbincangan tertumpu kepada 3 aspek penting;

Pertama Respons Kepada Lompatan Saujana
Woh...hebat sebanyak 18.37% capainya. Sejuk panas rasanya, doh bulan Ogos, lepas percubaan..result tak menunjukkan Lompatan Saujan II lagi. Salah satu program/aktiviti berjalan adalah pkt jembang dilaksankan . Puak2 pkt.Jembang PMR nampak kuat belaka dan bertenaga... harap gituuu..harap semua dapat APC tahun depan. SELAMAT BERJAYA...(LS II 2010).
Kedua Peningkatan GPS dan Rekod 10A
Julung-julung kalinya dalam sejarah SPM calon sekolah dapat 10A dan peningkatan GPS 5.86 ke 5.58. Amnya kelulusan SPM 92.53%(Atas subjek BM). Entah lagu mano tahun ni...dok periksaan percubaaan SPM. Nampak gaya letih dibuatnya, ini termasuklah penulis sendiri dalam subjek maths. Malah program Intensif Maths / Sains dan Towards Excellant Maths sudah dilaksanakan, KELAS pemulihan BM sudak pakat ratam..apa lagi nok kacan. Tapi sejak akhir-akhir ini, program Jom ke Sekoloh tak nampak kejayaannya. Harapan penulis dengan adanya puak-puak SPM yang gah lagi semangat,lepas raya Jom Pakat Gomo sampai leihh!!!. Gunakanlah buah kilas dan bomo yang ada..lepas tu Tawakal..

Ketiga Kekalkan Rekod 100% Lulus
Apa yang membanggakan seramai 75orang masuk U tahun lepas. Memang stady, puak-puak driver STPM(DG52..DG48) Tapi dengar sunggut tahun ni, letih sikit tapi tak apo, pengelaman doh ada. Harapan tahun ini boleh jadi Sohor SMKCR No. 1, dapat atasi rekod pencapaian peringkat Kebangsaan...tengok pula sapa CEOnya.
Catatan hanya renungan dan tiada kaitan yang terbabit.
Sekian...SMKCR TERSOHOR GELEMORNYA
Monday, August 16, 2010
Pecubaan SPM 2010
Saturday, August 14, 2010
Perhimpunan Ahad 15 Ogos 2010
i. Ucapan/laporan guru bertugas
ii. Ucapan oleh PKHEM
3 perkara yang dibentangkan, iaitu;
Perisitiwa yang berlaku pada minggu lepas
1. ketibaan ramadhan 1431H
2.Minggu pelancaran Bulan penghayatan rukun negara dan sambutan kemerdekaan ke-53
3. Tingkatan 6R(PraU Rendah) menghadapai peperiksaan kali pertama
4. Mesyuarat Pasukan SPM
5. Lawatan PPD
Aspek Kebersihan
- kesimpulan yang disampaikan oleh beliau adalah ditahap memuasakan tampa sebarang perubahan
- baikpulih blok C (tandas)
Kehadiran
-purata keselurahan minggu lepas adalah 88%..kesimpulannya tahap kehadiran diketogerikan sangat kritikal dimana perlu diambil tindakan segera.
-peratusan kehadiran pada hari Ahad-78%, menyumbangkan ketidakan hadiran yang terlalu rendah. Analisa kelas peperiksaan menunjukan kelas 6Atas(calon STPM) mencatatkan ketidakhadiran yang ketara. Tindakan segera perlu diambil..?
Ucapan PKHEM
-melakukan perhimpunan ke atas pelajar ting. 6Atas....Nasihat dan
Saturday, August 7, 2010
Perhimpunan Ahad
Antara intipati ucapan perasmian pengetua adalah:
Tuan Pengetua;
Ucapan terima kasih ke atas panitia Sivik dan Kenegaraan SMKCR
Penekanan dalam ucapan adalah berdasarkan kepada dua makna kemerdekaan:
1. Kemerdekaan dalam ertikata Bebas dari Penjajah(teori)
2. Kemerdekaan dalam kontek Realiti Sebenar seorang pelajar.
Intipati yang penting!
Empat perkara yang merosakan generasi pada pada sekarang khusnya kepada remaja atau pelajar. Anatarnya adalah 4F:
i. Fesyen ii. Filem iii. Food iv. Facebook
Perbincangan ke atas fesyen-
contoh fesyen -rambut
Filem - Tajaan filem Billywood
Food- Makan KFC dan first food
FaceBook- Tajaan yahudi
dan berharas melakukan lompat saujana II pada 2010 ini.
Program Kayuhan Sihat Jelajah Kelantan 2010
ula dari Gua Musang dan berakhir di Bachok iaitu paSemasa dipekan Jelawat
Sunday, August 1, 2010
Perhimpunan Mingguan
I. Amanat Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan
- supaya semua sekolah bersedia dalam menghadapi peperiksaan khususnys pep. PMR, SPM dan STPM.
- Penekana tentang persiapan ditujukan kepada semua guru dan pelajar.
II. Perkembangan sekolah SMK Cherang Ruku
- SMK Cherang Ruku terkini telah diberi taraf sekolah cemerlang berbanding sebelumnya diketegorikan sekolah harapan. Bermula tahun 2006 (sek. biasa), 2009(sek. sedederhana dan 2010(sek. cemerlang).
Apa yang menariknya, cabarang terkini SMK Cherang Ruku telah dan akan dibolehkan memenuhi sekolah Berprestasi Tinggi. Ini mestilah memenuhi syarat dan petunjuk yang berfokuskan kepada:
1. Percapaian Akaedemik
- B Inggeris dan lain subjek penting
2. Pencapaian dalam Kokurikulum
- tahap kebangsaan
3. Salsiah Pelajar
- tahap disiplin dan moral yang tinggi
- memerlukan perancangan strategi dalam gejala sosoal
4. Perlu melakuakan ;Net working:
- jaringan antara guru dgn. SEk, PPD,JPN dll.
Apa yang membanggakan penulis merasakan satu pergerakan kemajuan sekolah dari tahun ketahun. Harapan yang tinggi perlu di antara guru-guru, Ibu bapa serta pentadbir sekolah yang sentiasa komeited dan bekerja dalam kumpulan..1Malaysia, 1pengetua,1pencapaian agar cemerlang, gemilang dan terbilang akan terhasil dan terlaksana.
wassalam....Penulis
Monday, July 26, 2010
Teknik Menjawab Soalan Matematik 2010
Aktiviti kecemerlangan matematik diteruskan dengan mengadakan satu ceramah Teknik Menjawab Soalan(Kertas2) diadakan pada 19 Julai 2010. Aktiviti ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi 1 dihadiri oleh kumpulan lemah/sederhana manakala sesi 2 bagi kumpulan yang baik. Waktu sesi 1 dan 2 bermula jam 11.00am - 1.00m dan sesi 2 jam 2.00 - 4.00pm. Penceramah yang diundang adalah En Amran Ibrahim (PKHem) SMK Nur Zahirah, Besut. Ia merupakan ketua pemeriksa bagi kawasan tersebut. Antara tujuan utama di adakan adalah:
i. memberi pendedahan kepada skim
ii. memberi teknik dan kaedah jawapan yang dikehendaki dan mematuhi skima.
iii. supaya pelajar sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan percubaan nanti.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Matematik SMKCR dan dikendalikan oleh penulis serta ketua panitia. Alhamdulillah semuanya mendapat manufaat.
Antara ragam pelajar semasa sesi berlangsung:
Antara yang khusuk sampai tertidur........???????
Lampiran bahan rujukan:
1. Keynote & checklist Math SPM
Sunday, July 25, 2010
Towards Excellent Maths SPM 2010
Aktiviti ini dijalankan pada 15 julai 2010 bertempat di D Rizan Resort Pantai Ayer Tawar, Besut, Trg. Seramai 80 orang pelajar dr Smk Cherang Ruku yang terlibat iaitu dari kelas 5sn dan 5tk. Tujuan utama diadakan adalah untuk:
1. Pendedahan kepada situasi P & P diluar bilik darjah
2. Memberi motivasi kepada pelajar.
3. Releaf tension..
Penulis diberi satu slot malam, di mana pengisian slot Matemtik SPM. Komen penulis, para peserta yang hadir amat mengewakan di mana sudah 6 bulan berlalu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah namum para peserta tidak dapat menyatakan topik/tajuk utama yang ditanya dalam soalan matematk SPM. Namun penulis terlintas perlu mengadakan satu/dua aktiviti bagi menanpung kekurangan khusnya persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan percubaan nanti.
Cadangan aktiviti adalah seperti:
i. Intensif Matematik Sains
ii. Gerak-kepong Matematik
iii. Pre-Test Maths
iv. Ceramah Teknik Menjawab Soalan
Harapan semoga dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.
Monday, July 19, 2010
Hobi Baru

Nama kelab ialah Kb paspute(Kelab Berbasikal Pasir Puteh..dan ditubuhkan pada 28.5.2010 di Jeram Mengaji Bkt Abal. Apa yang menjadikan prinsip kelab adalah "Berbasikal Beramai".
Thursday, April 1, 2010
Liga Hoki Remaja 2010
membanggakan. Peningkatan pasukan setelah selesai perlawanan kedua mengcapai 55-70% keserangsian. Harapan pada perlawanan ketiga akan bertambah baik lagi....Jumpa di Bandar Penawar Johor.25/4 Kel vs SMK Adson Trg
2 /5 Kel vs MBPJ TRg
14/5 MWHA vs Kel NHS
erlawanan dengan kesudahan kelantan menundukkan Wanita Malaysia dengan jaringan 3 berbalas 2. Situasi perlawanan saling serang menyerang...tapi pasukan muda kelantan dapat mencuri peluang dengan 3 jaringan gol padang, manakala wanita malaysia hasil dari penalti coner. Semua pemain kelantan bermain dengan penuh semangat, dan hanya banyak bergantung kepada pemain simpanan sahaja.
Keputusan perlawanan, Kelantan 1 SSBP 1. Perlawanan tidak dapat dihabiskan sepenuhnya.. hanya 10 minit separuh masa kedua sahaja berlansung. Pergadil perlawanan memberhentikan perlawanan dengan alasan cuaca yang tidak mengizinkan. Apapun pemain muda kelantan tetap bersyukur dengan keputusan tersebut. Secara keseluruhan perlawanan Kelantan dapat menimbangi situasi perlawanan...jika diteruskan kemungkinan besar Kelantan dapat menewaskan pasukan SSBP Junior tapi apapun OKlah..
Wednesday, March 24, 2010
Kejohanan Hoki Piala Razak 2010

oleh: lazna

Harapan pasukan juara kumpulan dan seterusnya ke FINAL>>>>>>> Pencapaian sebenar kelantan gagal ke separuh akhir dalam Division 2. Tewas dengan perbezaan gol dengan PDRM.
Apapun jumpa lagi dalam Liga Remaja dan Sukma 2010.
Monday, March 15, 2010
School viewer and SPM result 2009
Wednesday, March 3, 2010
Kesumbatan
Suka dinyakan disini, ia dapat digambarkan melalui tiga isyarat, iaitu:
Kesan yang ketara dari segi kesihatan....badan tak bermaya,pucat putih, mata dalam dan nok waakoooooo saja. Jalan mepehh, tunduk kebawah..masa-masa cakap seore...merapu. Lain ditanya jawapan to ikut skima. Last-last kena check kencing manis dan darah tinggi!!!!!.
Aras Merah, iaitu aras kesumbatan yang melampau dalam julat 61% - 99%. Aras ini dianggap paras boleh pindah kalau keadaan banjir...tetapi dari sudut kemanusiaan aras ini mencapai tahap maksimum bebanan, maka dengan erti kata lain tahap keserabutan, kekalutan, kemaagauan, kebangongan melapau dan kesenokkan otak akan berlaku. Semua benda jadi serba salah...petik,tekan,teranjam,kongfu, dan sepak....jawapannya nunggeng nyo. Last-last kena check kencing manis, darah tinggi dan jantung..........3 dalam 1(set lengkap)
INIlah lumrah dunia.......kesumbatan adalah benda kejadian alam selagi kita bernama MANUSIA.
Salam dr blogger....sikit sumbat
Tuesday, February 16, 2010
Persiapan Kendiri
PERSIAPAN KENDIRI PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM 2010
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Matematik 2010
Abd. Laziz bin Ghani (Bac. For. Sc./PJPK)
Guru Matematik SMK Cherang Ruku
Sukacitanya di sini membahagikan perkara yang aka dibincangkan dalam kertas kerja ini dan mengandungi tiga topik utama sepertimana berikut:
1. Prinsip belajar matematik
2. Persiapan kendiri pelajar
i. Sebelum peperiksaan
ii. Semasa peperiksaan
iii. Selepas peperiksaan
3. Pandangan dan syor-syor lain
PRINSIP BELAJAR MATEMATIK
Matematik adalah kompleks tetapi menarik, yang mana pengetahuan berbentuk heirarki atau tatatingkap, cara mempelajari matematik adalah berbeza dengan perkara yang lain.
Di sini beberapa prinsip mempelajari matematik secara sistematik dan prinsip ini mesti ada pada setiap pelajar untuk persiapan kendirinya sebelum menghadapi peperiksaan nanti.
Prinsip Pertama: DISIPLIN DIRI
Aspek penting dalam pembelajaran antaranya adalah
- disiplin diri membabitkan aktiviti seperti memulakan tugas belajar matematik
secepat mungkin apabila sampai masa untuk belajar pelajar tersebut.
- menentukan konsep atau tajuk khusus yang hendak dipelajari pada suatu masa
- menyediakan satu tempoh masa yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu
tugas matematik,
- menggunakan masa yang dirancangankan untuk belajar matematik semata-
mata untuk mempelajari masa pelajaran tersebut,
- membahagi-bahagikan masa belajar dengan baik.
- menyediakan jadual belajar secra menyeluruh.
Prinsip Kedua : KEADAAN BAHAN YANG DIPELAJARI
Matematik adalah satu jenis pengetahuan yang bersifat padat, saling berkaitan, berhierarkki dan abstrak maka keadaan pengetahuan sperti arimatik, algebra, kebarangkalian, geomerti dan sebagainya . Ini semua memelukan kepada kemahiran, konsep dan penyelesaian masalah. Dengan memahami jenis bahan perkaitan, maka matematik yang hendak dipelajari kita kan dapat membuat persedian fikiran, perasaan dan perilaku yang sewajarnya.
Prinsip Ketiga : PERSEDIAAN DIRI
Persediaan diri sangat penting dalam mempelajari matematik antaranya :
- memehami tujuan untuk belajar matematik
- memahami keadaan pemikiran semasa mempelajari matematik
- memahami jiwa
- memahami halangan dan dorongan
Prinsip Keempat : PENGLIBATAN AKTIF
Penglibatan aktif mestilah perubahan corak pemikiran, perkembangan corak hidup dan pembangunan jiiwa. Setiap pelajar perlu melibatan secara aktif dalam usaha menguasi kemahiran matematik, memahami konsep matematk dan kebolehan menyelesaikan masalah. Untuk belajar dengan lebih berkesan perlu melakukan trasfomasi daripada " tabiat meniru" kepada "tabiat membina" .
Prinsip Kelima : KEKUATAN BERMUAFAKAT
Pengaulan sosial dengan rakan sebaya atau sekelas sangat penting dalam pembelajari matematik kerana pengaulan ini akan menimbul semangat motivasi yang tinggi. Oleh semangat bermaufakat diantara yang pintar dengan yang kurang akan mengatasi masalah matematik.
Prinsip Keenam : TAJAM MATA GERGAJI
Pembelajaran matematik memerlukan tenaga pemikiran, perasaan dan jasmani. Sekiranya tidak berusaha mengembangkan tenaga tersebut kemungkinan kita akan mengelami fenomena kekurangan tenaga. Oleh itu kita perlu berusaha membina akidah, kekuatan pemikiran, kekuatan emosi, kekuatan sosial dan fizikal secara berterusan.
Prinsip Ketujuh: KESEIMBANGAN ANTARA KEMAHIRAN DAN KEFAHAMAN
Dua isi kandungan dalam matematik ialah kemahiran dan konsep. Kemahiran dapat dicapai melalui aktiviti latihan dan latih tubi secara berterusan makala konsep kaitan berbagai unsur matematik. Apabila pelajar faham iaitu melalui latihan, konsep kefahaman akan timbul secara automatik serta ingatan akan wujud sampai bila-bila. Ringkasnya kefahaman akan membantu pelajar menguasi kemahiran matematik dengan lebih cepat.
Prinsip Kelapan : FOEMULA UNTUK BERJAYA
Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam matematik, maka prinsip untuk berjaya adalah :
1. membaca dengan meluas
2. memilih kawan yang produktif
3. menentukan matlamat yang khusus
4. insan yang beraklak yang mulia
5. bermotivasi tinggi
6. mempunyai kekauatan menyelesaian masalah metematik
7. Latihan berterusan
8. Berpegang kepada ajaran agama.
Ingat kejayaan mempelajari matematik banyak bergantung kepada usaha realistik yang kita lakukan untuk memehami dan menghayati matapelajaran tersebut.
PEMBELAJARAN EFEKTIF
PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA EFEKTIF MENTAFSIR DATA DAN MENGENAL MAKLUMAT PENTING MELAKSANA PROSES DAN PENYELESAIAN BERSEDIA MENDENGAR DAN MEMAHAMI MENGHAYATI DAN MENAAKUL Saya dengar Saya lupa
Saya lihat Saya ingat
MENGENALI DIRI PELAJAR
Menurut Pro. Amir Awang (1984): Semua pelajar dilahirkan dengan potensi kearah perkembangan positif dan
negetif
Secara sebenar, semua manusia berarahkan realisasi potensi positif tetapi darjah
percapaiannya berbeza.
Pada amnya pelajar Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku yang akan menduduki SPM adalah:
Umur : 17 /18 tahun
Kelulusan : PMR
Kedudukan: Bergantung kepada pemikiran otak
1. semulajadi
2. faktor luar
Target Matematik SPM: Kepujian/Lulus ?
Cita-cita : Berguna pada agama dan negara ?
Persiapan Untuk menghadapi SPM sudah/belum?
PERSIAPAN KENDIRI
Merujuk jadual waktu 2010 SPM Novermber/Disember
Kod 1449/1/2
Tarikh/ | Masa | Kertas 1 dan 2 | Masa |
Nov/2010 | pagi/petang | Metematik 1 | 1 1/4 jam |
Nov/2010 | pagi/petang | Matematik 2 | 2 1/2 jam |
Oleh itu, saya memikirkan betapa perlunya pelajar memberi tumpuan persedian kendiri mengikut tarikh dan masa keramat (tarikh Nov/Dis) 2010.
1. Sebelum peperiksaan
2. Semasa peperiksaan
3. Selepas peperiksaan
Sebelum Peperiksaan(tarikh Nov 2010)
Sebelum tarikh peperiksan bermula, anda adalah harapan ibu bapa, guru dan negara haruslah bersiap sedia dari awal untuk merancang dan mengatur beberapa strategi terbaik agar perjuangan dari mula mencapai cita-cita dan matlamat. Kecundang bererti tamat perjuangan anda dalam akademik dan kecewalah harapan ibu bapa anda.
Oleh itu sebelum kecundang, bangkit dan insaflah bahawa perjuangan bermula dari peringkat awal iatu buat persiapan dari sekarang. Persiapan inilah perlu diketahui dalam menghadapi peperiksan matematik 2010.
Mengikut format terbaru 2010 tajuk boleh rujuk dan penguasaan pada lampiran:
Format Kertas
Format Kertas Matematik SPM (DWIBAHASA)
Kertas | Masa | Bentuk soalan | Jum. Soalan | Jum. soalan Perlu dijawab | Catatan |
1 | 1 ¼ jam | Objektif Anika Pilihan | 40 | Jawab Semua | Jawab di atas kertas Ojbektif OMR |
2 | 2 ½ jam | Ujian Sujektif Bahagian A Bahagian B | 11 5 | 11 4 | Jawab di dalam kertas jawapan yang disediakan. Semua jalan pengiraan mesti ditunjukkan. Bahasa : BM / BI |
Setelah mengetahui format dan ciri kandungan matematik SPM pelajar perlu menguasai
1. Pengetahuan (melalui p dan p dalam bilik darjah)
2. Kemahiran belajar dan berfikir
- braintorming
- pemetaan minda
- membuat perbandingan
- analisis ingatan dan interperitasi
- deduksi (mencari makna data yang diberi)
- bertanya soalan
3. Berdampingan dengan guru
4. Tumpuan penuh semasa guru mengajar
5. Luahkan soalan bila tidak faham
6. Perbanyakan latihan/latih tubi
7. Pembetulan pada jawapan yang salah
Langkah-Langkah Efektif Mengulangkaji
Berikut adalah lengkah-langkah yang perlu diikuti semasa membuat ulangkaji mata pelajaran matematik:
- Baca soalan beberapa kali dan cuba mengenalpasti definisi, istilah dan symbol-simbol yang diberikan. Jika tidak faham, sila rujuk buku rujukan.
- Di dalam kebanyakan soalan matematik terdapat kata kunci atau maklumat penting dalam menyelesaikan soalan matematik. Kenal pasti kata kunci atau maklumat penting.
- Jika mendapati soalan yang ingin dijawab adalah setara dengan nota yang telah diberikan. Nota ini hendaklah diguna pakai apabila masalah yang diselesaikan tidak kesampaian.
- Tidak ada jalan pintas dalam penyelesaikan masalah Matematik. Oleh itu, semua langkah penting perlu diberi perhatian.
- Selain memahami langkah penyelesaian yangdibuat, pelajar jug harus mengetahui kenapa langkah berkenaan digunakan. Pelajar juga perlu berfikirlangkah penyelesaian yang berbeza unuk menyelesaikn masalah yng diberi untuk mencambah daya pemikiran.
- Jika masalah yang dikemukan itu dapat diselesaikan dan telah difahami, pelajar tidak perlu lagi meujk nota dan cuba untuk menyeleaikan soalan lain yang berkaitan. Semak semua langkah penyeleaian dan jawapan yang diberika.
- Guna buku latihan matematik yang menyediakan kaedah penyelesaian dan jaapan.
Kepentingan ulangkaji
Mudah Menghubungkait isi/tajukCatatan
Mudah buat Catatan
Kepentingan Ulangkaji
Melengkapkan fakta melalui rujukan
Menambah Kefahaman
Pada Hari Peperiksaan
Mudah Menghubungkait isi/tajukCatatan |
Mudah buat Catatan |
Kepentingan Ulangkaji |
Melengkapkan fakta melalui rujukan |
Menambah Kefahaman |
1. Bersedia untuk peperiksaan
2. Persedian fizikal dan mental
-Tidur awal
- Semakan sepintas lalu semua konsep, rumus dan sebagainya
- Alat tulis, geometri mestilah lengkap
- Bawa kad pengenalan
3 .Markah hak anda jika anda layak !
4. Masa itu emas
Kadar menjawab soalan secara umum adalah seperti di bawah:
Anggaran Masa Menjawab
Kertas | Bahagian | Peruntukan masa untuk setiap |
Bahagian Soalan | ||
1 | OBJEKTIF | 1 ¼ JAM 1 min 52 saat |
2 | A B | 1 ½ JAM 8 min 10s (gunakan 1 jam 30 min) 1 JAM 15 min (Gunakan 1 jam) |
*Bagi isi dan kandungan setiap ujian boleh rujuk pada TAJUK DAN PENGUASAAN
KUASA TEKNIK MENJAWAB
Bagi Kertas 1:
1. Agihan Masa
a) 3 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan
b) 40 soalan : 1 soalan = 1 minit 52 saat
c) 4 minit terakhir semak semua soalan
2. Petua Am:
a) Baca dan faham solan dengan teliti
b) Garis ayat penting, bina gambar rajah jika perlu untuk memudahkan pemahaman
c) Kira langkah demi langkah dengan cermat
d) Tinggalkan dahulu soalan yang sukar, tanda dan teruskan soalan yang lain
e) Setelah selesai semua sekali, kembali ke soalan yang sukar tadi
f) Semak, jika soalan tertinggal
g) Semak secara keseluruhan , masa 4 minit semakan
Bagi Kertas 2
1. Agihan masa:
a). 1 minit pertama baca sepintas lalu dan semak keseluruhan soalan
b) Bahagian A - Jawab 11 soalan , setiap satu soalan masa 7 minit
c) Bahagian B - Jawab 4 soalan , setiap satu soalan masa 18 minit
2. Petua Am:
a) Seperti mana panduan kertas 1
b) Langkah pengiraan ditunjukan dengan jelas
c) Guna ruang yang disediakan
d) Permudahkan jawapan
e) Faham istilah/kata jkerja (Rujuk kepada kata kerja)
f) Serah kertas soalan diakhir peperiksaan(pastikan No. Kp dan No. Soalan dan Angka
Giliran ditulis pada tiap-tiap halaman kertas jawapan.)
Ingatan
Bagi Kertas 2:
Guna simbol matematik sebaik mungkin. ayat yang panjang hanya mengelirukan pemeriksa. Markah mungkin hilang. Ingat pemeriksa TIDAK sekali-kali boleh membaca untuk pelajar.
Di awal kemasukan ke dalam dewan,catitkan semua rumus/perkaitan/ rajah-rajah penting supaya tidak terlupa. Duduk dan hadapilah kertas peperiksaan Matematik SPM dengan keadaan penuh keselesaan zahir dan batin.
Selepas Peperiksaan
Tugas pelajar belum berakhir sehingga keputusan peperiksan diumumkan (akhir Feb atau Mac 2006). Lakukan sebagaimana amalan biasa , manusia mampu berusaha Allah sahaja menentukan. Bertawakallah. TIADA HASIL MELAINKAN KECEMERLANGAN.
MATEMATIK ITU SERONOK
MATEMATIK ITU INDAH
MATEMATIK ITU MUDAH
APA YANG PENTING MATEMATIK ADALAH RAJA SEGALA BIDANG/CABANG SAINS


